Perubatan Elektronik (ecpi)

SEJARAH DAN PENGENALAN

Teknologi e=mc2=hf membuktikan setiap jisim mempunyai kembarannya dalam bentuk gelombang yang mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Keupayaan tenaga gelombang bertindak balas terhadap sesuatu tenaga gelombang yang lain serta memberi kesan terhadap kembarannya, merupakan asas yang diguna pakai di dalam perawatan dan perubatan secara elektronik. Penggunaan teknologi ini telah terbukti keberkesanannya serta selamat berbanding kaedah berasaskan jisim yang mempunyai kemampuan yang terhad disamping menimbulkan kesan sampingan dari penggunaan jisim tersebut. Oleh yang demikian marilah kita kembali kepada asas teknologi yang bertepatan dengan fitrah kejadian manusia.

ASAS KAJIAN TEKNOLOGI PERUBATAN ELEKTRONIK

(TEKNOLOGI HF)


Perubatan Elektronik merupakan hasil kajian yang dijalankan dengan menggabungkan asas teknologi perubatan homeopathy dan sains fizik serta fitrah sesuatu kejadian. Gabungan ini telah berjaya menghasilkan konsep perawatan secara total yang mengambil kira faktor fizikal, spiritual, mental dan emosi. Konsep rawatan yang berasaskan penggunaan tenaga dan tidak menggunakan jisim sebagai perantara kepada sesuatu tenaga bukan sahaja dapat bertindak secara lebih berkesan malah ianya juga tidak menimbulkan sebarang kesan sampingan.

SAKIT DAN PUNCA PENYAKIT

Semua kejadian dijadikan mempunyai fungsi dan peranannya yang tersendiri. Bakteria, virus, kulat, parasit dan sebagainya yang dianggap sebagai punca kepada sesuatu penyakit juga mempunyai fungsi serta peranannya tersendiri sebagai agen pelerai bagi mengimbangi pusingan ekosistem. Agen pelerai ini tidak merbahaya atau tidak mendatangkan kesan buruk kepada tubuh badan atau lain-lain kehidupan yang berada di dalam keseimbangan. Ia hanya bertindak balas ka atas kehidupan lain yang berada di dalam ketidakseimbangan sesuai dengan fitrah kejadiannya. Jangkitan bakteria, virus, kulat dan sebagainya yang menyebabkan sesuatu penyakit memperlihatkan berlakunya ketidakseimbangan atau kegagalan sesuatu organ berfungsi dengan baik.

Semua kehidupan mempunyai sistem imunisasinya yang tersendiri yang dapat mengawalnya dari serangan dan jangkitan agen pelerai. Walau bagaimanapun, faktor pencemaran, pemakanan yang tidak seimbang, penggunaan bahan kimia secara berlebihan, genetik, hormon serta beberapa faktor lain telah melemahkan fungsi organ. Kegagalan organ berfungsi dengan berkesan menyebabkan berlakunya ketidak seimbangan sehingga menyebabkan ia terdedah kepada jangkitan agen pelerai yang menyebabkan berlakunya penyakit.

Proses perawatan secara total perlu mengambil kira rawatan terhadap jangkitan agen pelerai serta merangsang fungsi organ bagi membolehkannya menjalankan peranannya secara lebih berkesan.

TENAGA & 'TENAGA HAYAT'

Kajian secara biologi dan kimia menunjukkan semua kejadian mempunyai tenaganya yang tersendiri yang menjadi asas kepada sesuatu kejadian. Semua kehidupan memerlukan tenaga untuk proses tumbesaran dan penggantian tenaga. Penggunaan jisim di dalam pengambilan tenaga merupakan sebahagian dari proses metabolisme dasar di mana jisim tersebut akan diuraikan menjadi tenaga untuk dibekalkan ke sel-sel. Proses ini menjelaskan bahawa jisim merupakan perantara di dalam membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan.

Kajian juga menunjukkan bahawa asas kejadian asal manusia juga dijadikan dari dua unsur, iaitu unsur tanah (jisim) yang dijadikan jasad dan unsur roh (gelombang) yang menghidupkan jasad tersebut. Proses kematian sesuatu makhluk juga dijelaskan apabila berlakunya perpisahan di antara roh (gelombang) dan jasad (jisim). Keadaan ini menunjukkan perhubungan yang rapat di antara kedua-dua unsur tersebut.

Teori Rrelativiti Albert Einstein E=mc2 yang menjadi asas teknologi sehinggan kini menjelaskan bahawa tenaga hanya boleh terhasil dengan wujudnya mass (m). Kenyataan ini tidak tepat memandangkan tenaga juga boleh terhasil dari "microscopic particle" (e=hf) seperti "photon".Kajian yang dijalankan menggunakan sains fizik, matematik dan kajian terhadap fitrah sesuatu kejadian telah membuktikan setiap jisim mempunyai kembarannya (duality) di dalam bentuk gelombang (E=mc2=hf).

Kajian terhadap teknologi perubatan homeopathy yang diasaskan oleh Sir Samuel Hahnemann hasil kajian dari kitab perubatan Ibnu Sina juga menjelaskan tubuh manusia terdiri dari dua unsur iaitu tubuh kasar dan tubuh halus. Kajian beliau juga menunjukkan bahawa sebarang gangguan terhadap keseimbangan tubuh halus akan menberi kesan terbadap tubuh kasar.

Hasil dari kajian ini telah membuktikan bahawa semua jisim mempunyai kembarannya (duality) di dalam bentuk gelombang dan kedua-dua unsur ini mempunyai hubungan yang rapat di dantara satu sama lain. Asas kajian ini juga membuktikan perawatan secara total perlu melibatkan perawatan terhadap kedua-dua unsur tersebut.

0 comments:

Post a Comment