tokoh ilmuan islam

Al-Razi
Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar Muhammad Ibnu Zakaria Al-Razi. Beliau lebih terkenal dengan panggilan al-Razi. Selain dari itu, beliau lebih terkenal dengan panggilan Rhazes di kalangan orang barat. Al-Razi dikenali sebagai Galen Arab dan beliau berasal daripada Parsi. Beliau juda adalah guru kepada Ibnu Sina. Dilahirkan pada tahun 863M di Bandar Rai berdekatan dengan Bandar Teheran. Beliau meninggal dunia pada tahun 925M(312Hijrah) ditempat yang sama. Beliau mendapat pendidikan awal di Baghdad yang menjadi pusat Bandar empayar Abbasiyyah yang juga menjadi pusat pendidikan. Pemerintah islam pada ketika itu menggalakkan orang ramai dalam pencarian ilmu dengan memberi kemudahan-kemudahan seperti hospital-hospital dan perpustakaan untuk melakukan penyelidikan. Sebelum menceburkan diri dalam perubatan, beliau pernah mempelajari dalam bidang Al-quran, fekah, ilmu tauhid, bahasa arab dan hadis. Meyerhoff dalam buku Legacy of Islam menganggap beliau sebagai pengamal perubatan yang teragung dalam dunia islam malah seorang pengamal perubatan teragung di dunia .
Beliau mempelajari ilmu perubatan dengan Hunayn Ibnu ishaq, seorang pakar perubatan parsi dan India. Al-razi bertugas sebagai pegawai perubatan dan menjadi pengarah disebuah hospital di rays, Baghdad dan Parsi serta pengasas perubatan psilosomatik dan mempunyai pengetahuan yang agak mendalam dalam bidang anatomi. Beliau meneruskan tradisi yang diasakan oleh Galen bersama pakar-pakar perubatan islam pada masa itu. Buku yang telah dihasilkan adalah sebanyak 224 buku, 140 daripadanya dalam ilmu perubatan(10 daripadanya telah diterjemah kedalam bahasa Latin).
Antara sumbangan Al-Razi di dunia barat ialah Treatisnya berkenaan dengan campak cacar tulen(smallpox) dan campak biasa(measel)yang telah diterbitkan beberapa kali di Eropah hingga abad ke 18M. Buku karyanya yang terbesar ialah ensikopedia perubatan amalan dan terapeutik yang berjudul kitab Al Hawi fi Al Tibb(Liber continens) yang seberat 10 kilogram ini mengandungi 9 jilid menjadi rujukan fakulti perubatan di Paris, Perancis Pada tahun 1395M. Buku teragungnya yang kedua ialah berjudul kitab Al-mansur (Liber Medicinalis ad Al Mansorem). Ia adalah ringkas dan mengandungi 10 bab. beliau menyumbangkan kitab ini kepada gabenor Khurasan, Al- Mansur Ibnu Ishaq yang berkenaan dengan seni dan sains perubatan
Beliau memperkenalkan beberapa kaedah dalam ilmu farmasi antaranya

a)Penggunaan ubat untuk melawaskan buang air besar secara lembut(Milld purgatives)

b)Pembekaman (mengeluarkan darah) bagi kes-kes “apoplexy” (kehilangan kegunaan deria) disebabkan kepecahan urat darah dalam otak.

c)Penggunaan air sejuk bagi demam yang melarat

d)Mencipta seton (jenis benang) dan penggunaan dalam kes-kes luka.
Menurut Ali bin Abbas al Majusi yang meninggal dunia 60 tahun selepas Al-Razi kitab Al-Hawi mengandungi
a)Cara menjaga kesihatan
b)Mengubati penyakit melalui cara makanan.
c)Mengenal tanda-tanda penyakit
Sumbangan lain Al-Razi dalam perubatan islam ialah pengasingan alkohol dan mendorng kegunaanya sebagai anti septik. sebuah lagi kitabnya yang bernama kitab Al asrar (the book of secrets) telah diterjemah kedalam bahasa latin adalah sumber utama maklumat bahan kimia hingga abad 14M.

0 comments:

Post a Comment