maher zain-palestine will be free



beruntunglah bg org2 yg mati syahid di sana.
kita hidup yg aman ni belum tentu aman,kita mendapat keamanan dr segi zahir(luaran) tetapi batinnya atau rohaninya(dalaman) belum aman lagi.
keamanan yg Allah bg belum tentu drpd ni'mat yg Maha Esa,mungkin bala' drpd-Nya!!!
jd berhati-hatilah kita yg hidup aman kerana org yg tidak mendapat Ujian drpd Yg Maha Esa belum selamat lg.org yg telah mendapat Ujian Allah dan TELAHPUN MELEPASINYA mungkin akan selamat InsyaAllah.

PALESTIN: wahai mujahideen palestin,kami INGAT kpdmu ketika mana kamu telah diserang dan dibunuh oleh yahudi laknatullah dan sekutunya.tetapi kami LUPA kepadamu ketika mana tiada serangan daripada yahudi laknatullah.padahal kamu tetap di kepung oleh mereka dan menunggu saat untuk diserang..maafkan kami..maafkan kami!dosamu tertimbun di atas bahu kami dek kerana kelupaan kami untuk mendoakanmu,untuk menolongmu.
kami takut,kami takut di akhirat kelak kamu akan mengheret kami ke dalam API NERAKA krn kelupaan kami kepadamu sebagaimana seorang wakil mu daripada hamas mengatakan kepada kami "umat islam yg tidak membantu kami samada bantuan duit,bekalan atau doa,kami akan mendakwa kamu semua di akhirat kelak di hadapan MAHKAMAH RABBUL JALIL!!!maafkan kami yg sentiasa lupa..

Perubatan Elektronik (ecpi)

SEJARAH DAN PENGENALAN

Teknologi e=mc2=hf membuktikan setiap jisim mempunyai kembarannya dalam bentuk gelombang yang mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Keupayaan tenaga gelombang bertindak balas terhadap sesuatu tenaga gelombang yang lain serta memberi kesan terhadap kembarannya, merupakan asas yang diguna pakai di dalam perawatan dan perubatan secara elektronik. Penggunaan teknologi ini telah terbukti keberkesanannya serta selamat berbanding kaedah berasaskan jisim yang mempunyai kemampuan yang terhad disamping menimbulkan kesan sampingan dari penggunaan jisim tersebut. Oleh yang demikian marilah kita kembali kepada asas teknologi yang bertepatan dengan fitrah kejadian manusia.

ASAS KAJIAN TEKNOLOGI PERUBATAN ELEKTRONIK

(TEKNOLOGI HF)


Perubatan Elektronik merupakan hasil kajian yang dijalankan dengan menggabungkan asas teknologi perubatan homeopathy dan sains fizik serta fitrah sesuatu kejadian. Gabungan ini telah berjaya menghasilkan konsep perawatan secara total yang mengambil kira faktor fizikal, spiritual, mental dan emosi. Konsep rawatan yang berasaskan penggunaan tenaga dan tidak menggunakan jisim sebagai perantara kepada sesuatu tenaga bukan sahaja dapat bertindak secara lebih berkesan malah ianya juga tidak menimbulkan sebarang kesan sampingan.

SAKIT DAN PUNCA PENYAKIT

Semua kejadian dijadikan mempunyai fungsi dan peranannya yang tersendiri. Bakteria, virus, kulat, parasit dan sebagainya yang dianggap sebagai punca kepada sesuatu penyakit juga mempunyai fungsi serta peranannya tersendiri sebagai agen pelerai bagi mengimbangi pusingan ekosistem. Agen pelerai ini tidak merbahaya atau tidak mendatangkan kesan buruk kepada tubuh badan atau lain-lain kehidupan yang berada di dalam keseimbangan. Ia hanya bertindak balas ka atas kehidupan lain yang berada di dalam ketidakseimbangan sesuai dengan fitrah kejadiannya. Jangkitan bakteria, virus, kulat dan sebagainya yang menyebabkan sesuatu penyakit memperlihatkan berlakunya ketidakseimbangan atau kegagalan sesuatu organ berfungsi dengan baik.

Semua kehidupan mempunyai sistem imunisasinya yang tersendiri yang dapat mengawalnya dari serangan dan jangkitan agen pelerai. Walau bagaimanapun, faktor pencemaran, pemakanan yang tidak seimbang, penggunaan bahan kimia secara berlebihan, genetik, hormon serta beberapa faktor lain telah melemahkan fungsi organ. Kegagalan organ berfungsi dengan berkesan menyebabkan berlakunya ketidak seimbangan sehingga menyebabkan ia terdedah kepada jangkitan agen pelerai yang menyebabkan berlakunya penyakit.

Proses perawatan secara total perlu mengambil kira rawatan terhadap jangkitan agen pelerai serta merangsang fungsi organ bagi membolehkannya menjalankan peranannya secara lebih berkesan.

TENAGA & 'TENAGA HAYAT'

Kajian secara biologi dan kimia menunjukkan semua kejadian mempunyai tenaganya yang tersendiri yang menjadi asas kepada sesuatu kejadian. Semua kehidupan memerlukan tenaga untuk proses tumbesaran dan penggantian tenaga. Penggunaan jisim di dalam pengambilan tenaga merupakan sebahagian dari proses metabolisme dasar di mana jisim tersebut akan diuraikan menjadi tenaga untuk dibekalkan ke sel-sel. Proses ini menjelaskan bahawa jisim merupakan perantara di dalam membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan.

Kajian juga menunjukkan bahawa asas kejadian asal manusia juga dijadikan dari dua unsur, iaitu unsur tanah (jisim) yang dijadikan jasad dan unsur roh (gelombang) yang menghidupkan jasad tersebut. Proses kematian sesuatu makhluk juga dijelaskan apabila berlakunya perpisahan di antara roh (gelombang) dan jasad (jisim). Keadaan ini menunjukkan perhubungan yang rapat di antara kedua-dua unsur tersebut.

Teori Rrelativiti Albert Einstein E=mc2 yang menjadi asas teknologi sehinggan kini menjelaskan bahawa tenaga hanya boleh terhasil dengan wujudnya mass (m). Kenyataan ini tidak tepat memandangkan tenaga juga boleh terhasil dari "microscopic particle" (e=hf) seperti "photon".Kajian yang dijalankan menggunakan sains fizik, matematik dan kajian terhadap fitrah sesuatu kejadian telah membuktikan setiap jisim mempunyai kembarannya (duality) di dalam bentuk gelombang (E=mc2=hf).

Kajian terhadap teknologi perubatan homeopathy yang diasaskan oleh Sir Samuel Hahnemann hasil kajian dari kitab perubatan Ibnu Sina juga menjelaskan tubuh manusia terdiri dari dua unsur iaitu tubuh kasar dan tubuh halus. Kajian beliau juga menunjukkan bahawa sebarang gangguan terhadap keseimbangan tubuh halus akan menberi kesan terbadap tubuh kasar.

Hasil dari kajian ini telah membuktikan bahawa semua jisim mempunyai kembarannya (duality) di dalam bentuk gelombang dan kedua-dua unsur ini mempunyai hubungan yang rapat di dantara satu sama lain. Asas kajian ini juga membuktikan perawatan secara total perlu melibatkan perawatan terhadap kedua-dua unsur tersebut.

tokoh ilmuan islam

Al-Razi
Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar Muhammad Ibnu Zakaria Al-Razi. Beliau lebih terkenal dengan panggilan al-Razi. Selain dari itu, beliau lebih terkenal dengan panggilan Rhazes di kalangan orang barat. Al-Razi dikenali sebagai Galen Arab dan beliau berasal daripada Parsi. Beliau juda adalah guru kepada Ibnu Sina. Dilahirkan pada tahun 863M di Bandar Rai berdekatan dengan Bandar Teheran. Beliau meninggal dunia pada tahun 925M(312Hijrah) ditempat yang sama. Beliau mendapat pendidikan awal di Baghdad yang menjadi pusat Bandar empayar Abbasiyyah yang juga menjadi pusat pendidikan. Pemerintah islam pada ketika itu menggalakkan orang ramai dalam pencarian ilmu dengan memberi kemudahan-kemudahan seperti hospital-hospital dan perpustakaan untuk melakukan penyelidikan. Sebelum menceburkan diri dalam perubatan, beliau pernah mempelajari dalam bidang Al-quran, fekah, ilmu tauhid, bahasa arab dan hadis. Meyerhoff dalam buku Legacy of Islam menganggap beliau sebagai pengamal perubatan yang teragung dalam dunia islam malah seorang pengamal perubatan teragung di dunia .
Beliau mempelajari ilmu perubatan dengan Hunayn Ibnu ishaq, seorang pakar perubatan parsi dan India. Al-razi bertugas sebagai pegawai perubatan dan menjadi pengarah disebuah hospital di rays, Baghdad dan Parsi serta pengasas perubatan psilosomatik dan mempunyai pengetahuan yang agak mendalam dalam bidang anatomi. Beliau meneruskan tradisi yang diasakan oleh Galen bersama pakar-pakar perubatan islam pada masa itu. Buku yang telah dihasilkan adalah sebanyak 224 buku, 140 daripadanya dalam ilmu perubatan(10 daripadanya telah diterjemah kedalam bahasa Latin).
Antara sumbangan Al-Razi di dunia barat ialah Treatisnya berkenaan dengan campak cacar tulen(smallpox) dan campak biasa(measel)yang telah diterbitkan beberapa kali di Eropah hingga abad ke 18M. Buku karyanya yang terbesar ialah ensikopedia perubatan amalan dan terapeutik yang berjudul kitab Al Hawi fi Al Tibb(Liber continens) yang seberat 10 kilogram ini mengandungi 9 jilid menjadi rujukan fakulti perubatan di Paris, Perancis Pada tahun 1395M. Buku teragungnya yang kedua ialah berjudul kitab Al-mansur (Liber Medicinalis ad Al Mansorem). Ia adalah ringkas dan mengandungi 10 bab. beliau menyumbangkan kitab ini kepada gabenor Khurasan, Al- Mansur Ibnu Ishaq yang berkenaan dengan seni dan sains perubatan
Beliau memperkenalkan beberapa kaedah dalam ilmu farmasi antaranya

a)Penggunaan ubat untuk melawaskan buang air besar secara lembut(Milld purgatives)

b)Pembekaman (mengeluarkan darah) bagi kes-kes “apoplexy” (kehilangan kegunaan deria) disebabkan kepecahan urat darah dalam otak.

c)Penggunaan air sejuk bagi demam yang melarat

d)Mencipta seton (jenis benang) dan penggunaan dalam kes-kes luka.
Menurut Ali bin Abbas al Majusi yang meninggal dunia 60 tahun selepas Al-Razi kitab Al-Hawi mengandungi
a)Cara menjaga kesihatan
b)Mengubati penyakit melalui cara makanan.
c)Mengenal tanda-tanda penyakit
Sumbangan lain Al-Razi dalam perubatan islam ialah pengasingan alkohol dan mendorng kegunaanya sebagai anti septik. sebuah lagi kitabnya yang bernama kitab Al asrar (the book of secrets) telah diterjemah kedalam bahasa latin adalah sumber utama maklumat bahan kimia hingga abad 14M.

ferrari vs evo vs kancil!!!

Pada suatu petang yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada seorang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.

Tiba-tiba datanglah sebuah kereta evo7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa ni pakcik,kereta rosak ke? "tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an. "Ha'ah rosak" jawap pakcik tu simple aje....

"Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" pemuda ini memberi cadangan.

"Terima kasih banyak-banyak nak, eeer tapi....nanti kalau pakcik rasa anak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam, boleh ke"

"Ok pakcik"..Pemuda nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. Dia pun jalanlah dengan perlahan dan berhati-hati. Dalam lima kilometer pemuda nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat pemuda tu. Pemuda tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat pemuda evo7. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie... lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Pemuda evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.

Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm. bedesup peginye, ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj gila nie...

Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over. .. ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye, sebuah kancil putih, pak haji pulak yang bawak, tengah cucuk angin evo7 dan ferari tu, bagi hon dan hi beam nak potong dua-dua tu lagi, gila kancil tu dasyat!!!'

daaaduuu,